Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti untuk mengisi lapang, by Meenaloshinii
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Meenaloshinii
Title:Aktiviti untuk mengisi lapang
2017-03-12 15:14
Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang. Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa  
 
Membaca  
Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi.  
 
 
Menanam Pokok Hiasan  
Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.  
 
 
Beriadah  
Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan.  
 
 
Memancing Ikan  
Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat.      
 
 
Menziarahi keluarga dan saudara-mara  
Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.
 

Meadow, (2017-05-07 17:17)
That's a shrewd answer to a tricky queiston
 
, (2017-03-24 13:45)
Good karangan!!!
 
good job, (2017-03-21 01:44)

 
sial, (2017-03-18 02:10)
noob nye karangan nih
 
sial, (2017-03-18 02:10)
noob nye karangan nih
 
NaJWa, (2017-03-13 17:11)
bagus!!!!
 
Submit a comment:

Name