|
Name: | DHUURVASHINY 6M | Title: | Pengalaman melancong ke melaka.
2017-03-05 22:52 | Pada cuti persekolahan yang lalu,bapa saya telah bersetuju untuk membawa kami sekeluarga ke beberapa tempat yang bersejarah.
Sepanjang perjalanan kami berbual-bual kosong sambil menikmati makanan ringan.Beberapa jam kemudian,kami tiba ke destinasi pertama iaitu Kota'A'Famosa.Bapa saya sempat menceritakan perisitiwa bersejarah yang berkaitan dengan kota ini.
Selepas berkunjung ke Kota'A'Famosa,kami menjamu selera di sebuah restoran yang menjual nasi ayam.Selepas itu,kami bertolak ke hotel untuk meletakkan barangan dan rehat untuk menghilangkan penat.Pada sebelah malamnya,kami berpeluang untuk menaiki beca.Beca yang kami naiki dihias dengan lampu yang berwarna-warni.
Pada keesokan harinya,kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di hotel.Pada hari tersebut kami telah melawat Tugu Peringatan dan Muzium Negara di Kuala Lumpur.Semasa dalam perjalanan saya berkongsi gambar yang telah rakam semasa berada di Melaka.
Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan datang. | | Gabo, (2018-08-23 20:46) Wau bestnya karangan ni penulis ni betul betul berpengalaman saya harap saya boleh ikut macam penulis buat karangan sekarang ni target upsr 6A..
Follow instagram saya @paul_endry117
| | Gabo, (2018-08-23 20:46) Wau bestnya karangan ni penulis ni betul betul berpengalaman saya harap saya boleh ikut macam penulis buat karangan sekarang ni target upsr 6A..
Follow instagram saya @paul_endry117
| | Nur Fitri Alya Syafiqah Binti Hamri, (2018-03-29 00:49) hai @mMaisra Qyra SYUraihan Binti Samsudin
| | Nur Fitri Alya Syafiqah Binti Hamri, (2018-03-29 00:49) hai @mMaisra Qyra SYUraihan Binti Samsudin
| | Maisara Qyra Syuraihan Binti Samsudin, (2018-03-29 00:47) I think .....not bad...
| | Journey, (2017-05-07 17:11) Frankly I think that's abltluoesy good stuff.
| | NaJWa, (2017-03-06 11:41) yang 'saya berharap agar........................... boleh buat perenggan keenam..karangan upsr mesti atas 6 perenggan
| | bavi, (2017-03-05 23:52) sangat bagus...markah bagi karangan 99%
| |
|
|
|