Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Suatu kemalangan jalan raya yang pernah saya saksikan, by NaJWa
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor NaJWa
Title:Suatu kemalangan jalan raya yang pernah saya saksikan
2017-03-02 16:15
Seperti biasa,aku ke sekolah menunngang basikal.Jarak rumahku ke sekolah kira-kira dua kilometer sahaja.Aku menuggang basikal dengan penuh berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.  
 
Beberapa pelajar lain turut menunggang basikal.Mereka menunggang secara bersaing dan berlumba-lumba pula.Mereka sempat bergurau senda semasa menunggang basikal.  
 
Di suatu selekoh,datang sebuah kereta dari arah yang bertentangan.Kereta itu dipandu dengan laju.Pemandu kereta itu cuba mengelak daripada melanggar pelajar-pelajar tersebut tetapi gagal.  
 
Satu dentuman yang kuat kendengaran.Pelajar-pelajar itu kemalangan.Salah seorang daripadanya terpelosok ke dalam parit manakala seorang lagi terbaring di bahu jalan.  
 
Aku segera berhenti di bahu jalan lalu memberikan isyarat supaya kenderaan lain memperlahankan kenderaan masing-masing.Aku melihat pelajar yang terbaring di bahu jalan itu tidak bergerak.Fahamlah aku bahawa pelajar tersebut meninggal dunia.Pelajar yang seorang lagi mengerang kesakitan.Pelajar itu segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.  
 
Kemalangan yang berlaku di depan mataku amat mengerikan.Begitulah padahnya jika seseorang tidak mematuhi peraturan jalan raya.Aku semakin berhati-hati semasa menunggang basikal di jalan raya.
 

Hawk, (2017-05-07 17:26)
Life is short, and this article saved vablalue time on this Earth.
 
The owner of this karangan, (2017-03-02 16:29)
P/s..bole follow instagram saya nrnajwa90.follow yer..
 
Submit a comment:

Name