Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Kamus Dwibahasa, by Ereddna
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Ereddna
Title:Aku Sebuah Kamus Dwibahasa
2017-02-24 17:56
Aku sebuah kamus dua bahasa.Sebab itulah aku dinamai Kammus Dwibahasa.Aku sendiri tidak ingat tarikh aku dilahirkan.Bagaimanapun yang pasti sebelum tarikh kelahiran itu,aku sudah diasuh,dididik,diteliti,disemak,dikaji dan ditelahi bertahun lamanya.Tujuannya ialah hendak memastikan kelahiranku ke dunia ini berada dalam keadaan sempurna.  
    Keadaan tubuhku besar dan tebal sampai beribu ribu halaman.Kulitku juga tebal.Halamanku dibelah dua yang sama saiznya.Kandunganku disusun menurut abjad a hingga z.Bahasa asalku Inggeris dan diberikan maknanya dalam bahasa Melayu.  
    Aku dijadikan bahan rujukan.Manusia terutama murid menggunakanku sampaikan halamanku lusuh.  
    Pengguna yang pelbagai ragam dan jenis itu menunjukkan wajah riang sesudah menggunakanku.Ada pula yang melemparkan aku kuat-kuat di atas meja.Mereka gagal mencari makna perkataan tertentu.Aku mengaduh kesakitan.  
    Begitulah nasib diriku yang bernama Kamus Dwibahasa.Hakikat itu terpaksa aku terima denga tabah dan tenang.Aku sedar diriku ini amat diperlukan.Aku mengilmukan manusia.Aku berasa gembira.
 

Leatrice, (2017-05-07 16:52)
Great post with lots of impnrtaot stuff.
 
Leatrice, (2017-05-07 16:51)
Great post with lots of impnrtaot stuff.
 
Dahlia, (2017-02-25 13:48)
Hahax... Pandai karangan... Banyak salah ejaan.. Dan 5 perenggan... Tapi karangannya elok
 
Submit a comment:

Name