Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Bercuti Di Luar Negara, by Mohamed Najeeb
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Mohamed Najeeb
Title:Pengalaman Bercuti Di Luar Negara
2017-02-11 16:21
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah makan angin di negara matahari terbit iaitu Jepun. Kami bergerak dari rumah pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan dari rumah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanya mengambil masa 30 minit kerana rumah kami terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.  
     
         Setelah bagasi kami diperiksa, kami terus menaiki Kapal Terbang Air Asia dan duduk seperti yang diarahkan. Ini adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Keadaan di dalamnya sangat selesa. Pramugari dan pramugaranya pula sangat mesra. Beberapa jam kemudian, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose, Hokkaido yang sangat luas.     
     
        Kami terus menaiki teksi menuju ke tempat penginapan. Masa yang diambil untuk ke sana hanyalah 25 minit. Setelah sampai, kami terus meletakkan bagasi. Kami berehat sebentar. Waktu di Jepun sekarang pukul 4.00 petang.  
       
         Kami bersiar-siar dipulau yang terkenal di Jepun iaitu Pulau Hokkaido. Persekitaran pulau ini sangat bersih dan nyaman. Ombak di lautan seolah-olah memanggil saya untuk berenang. . Ibu membentangkan tikar dan berehat sambil memakai kaca mata hitam sementara saya, adik dan abang bermandi-manda bersama ayah. Setelah puas bermain, kami membina istana pasir dan bermain bola pantai . Apabila hampir senja, kami pulang ke tempat penginapan.         
    
     Keesokan harinya,kami bersiap untuk pulang ke Malaysia.Kami mengemas bagasi kami.Kami bertolak ke lapangan terbang yang mengambil 25 minit perjalanan dari tempat penginapan kami.Kami menaiki van pelancongan kami.  
 
        Akhirnya kami tiba di lapangan terbang,kami menaiki pesawat iaitu Air Asia. Saya duduk di tepi tingkap. Saya akan datang ke sini lagi pada masa akan datang. Saya berazam dalam hati. Pengalaman sepanjang berada di Jepun takkan luput dari ingatan kami.
 

Ikhwan, (2019-06-15 22:07)
Sangat bagus
 
Saranyaa, (2019-05-08 01:39)
Karangan Yg baik....
 
Parveen , (2019-02-24 23:38)
cikgu saya cakap karangan saya sangat cantik  
 
Tq
 
, (2019-02-11 01:58)
Bagus punya karangan
 
Aiman, (2019-01-14 00:27)
So good  

 
Sara, (2019-01-13 14:30)
Karangan paling bagus👍
 
Uthara, (2018-12-27 16:41)
Many and so long how can I do  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name