Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara -cara mencerdaskan otak, by Ros
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Ros
Title:Cara -cara mencerdaskan otak
2017-02-05 12:38
        Otak merupakan organ bagi pusat utama badan. Otak merupakan organ yang sangat penting.Terdapat beberapa cara-cara untuk mencerdaskan otak.  
 
         Antaranya,kita mestilah bersenam.Kita boleh bersenam dengan berjoging , bersiar-siar dan berjalan.Kita perlu bersenam sekurang -kurangnya dua kali seminggu.Bersenam dapat mengeluarkan peluh yang dapat menyihatkan badan.Bersenan sangat penting terutamanya untuk kecerdasan otak.  
 
         Selain itu,kita hendaklah makan makanan yang seimbang .Kita juga perlu mengikut piramid makanan.Seimbangkan piramid makanan seperti protein,vitamin dan kahbohidrat.Pemakanan ini sangat boleh menjejaskan otak apabila jika tidak diseimbangkan.Dengan cara makan dengan seimbang ini kita dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.  
 
        Seterusnya,kita haruslah mengulangkaji pelajaran.Mengulangkaji pelajaran dapat bukan bermaksud ulang kaji selepas belajar di sekolah.Namun yang demikian,mengulang kaji pelajaran bermaksud belajar sebelum dan selepas guru mengajar.Mengulang kaji tidak m3ngambil masa yang lama,sekurang-kurangnya tiga puluh minit sahaja.Kesannya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.  
 
        Di samping itu,kita perlulah tidur secukupnya.Tidur sangat penting kerana tanpa tidur yang cukup otak kita tidak dapat berfungsi dengan baik.Dalam sehari, kita patut enam hingga lapan jam sekurang-kurangnya.Ia juga sangat penting untuk disiplin belajar untuk membuat    jadual.Mengamalkannya,badan akan cergas dan mata akan segar bugar sentiasa.  
 
        Kesimpulannya,kepentingan menjaga kecerdasan otak perlu ditegaskan.Kita mestilah sentisa ingat cara-cara mencerdaskan otak agar otak kita sentiasa cerdas  

 

Muhammad Wafiy Taufiq Bin Md Salleh, (2018-01-24 02:46)
terima kasih kerana mengajar saya.......  

 
Reggie, (2017-05-07 17:02)
Thanks for your thoshgtu. It's helped me a lot.
 
Submit a comment:

Name