Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Persiapan menduduki peperiksaan UPSR., by WIDAD FITRIAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak WIDAD FITRIAH
Title: Persiapan menduduki peperiksaan UPSR.
2017-01-25 21:28
AHAD,10 SEPTEMBER 2017  
 
6;00 pagi  
Aku bangun awal hari ini kerana banyak perkara yang ingin aku lakukan.Setelah mengemas tempat tidur,aku membersihkan diri dan mengerjakan solat Subuh.Aku brdoa agar diberi ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan.  
 
7 pagi  
Aku mula meneliti jadual peperiksaan UPSR yang akan bermula esok.Nota nota ringkas yang telah aku buat selama ini,aku kumpulkan di atas meja untuk memudahkan sesi ulang kaji.  
 
8 pagi  
Ibu memangil aku untuk bersarapan pagi bersama sama.Menu pagi ini ialah roti telur dan air Horlicks.Semasa di meja makan,ayah dan ibu telah memberikan motivasi dan kata kata perangsang kepadaku untuk terus Berjaya.  
 
9;00 pagi  
Aku membelek nota nota ringkas yang telah aku buat beberapa bulan dahulu.Format penulisan Bahasa Malaysia aku teliti satu per satu.Selain itu,aku juga membuat beberapa latihaqn kefahaman untuk mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada.  
 
4;oo petang  
Ayah dan ibu mengajak aku pergi ke taman rekreasi.Ayah membenarkan aku membuat apa sahaja aktiviti asalkan aku sentiasa menjaga keselamatan diriku.Hatiku begitu tenang sekali menghirup udara segar di taman ini.  
 
8;00 malam  
Selepas makan malam,aku menyiapkan peralatan untuk menduduki peperiksaan.Aku memastikan pensel,pen,pemadam,pembaris dan sebagainya telah disimpan di dalam beg.  
 
10;00 malam  
tepat pada pukul 10.00 malam,aku pun tidur.Aku berdoa agar dapat menjawab peperiksaan esok hari dengan tenang.  
 
 
 
 

 

Submit a comment:

Name