Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman di hospital, by Nur afiesha
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nur afiesha
Title:Pengalaman di hospital
2017-01-25 01:15
     Pada suatu petang sewaktu aku berjalan pulang dari sekolah ,aku melalui sebatang jalan yang agak sempit. Tiba-tiba , sebuah kereta membelok lalu melanggar aku . Aku terjatuh lalu pengsan .  
     Semasa aku membuka mata . Aku terkejut melihat diri aku berada di hospital . Ibu aku menemani aku di hospital . Di dalam bilik aku terdapat 3 buah katil lain di sebelah aku . Aku berasa takut.  
     Kemudian , ada seorang doktor datang memeriksa kaki aku . Doktor itu mengatakan bahawa terdapat keretakan tulang di bahagian kaki. Doktor itu menasihatkan aku supaya makan ubat dan jangan bergerak . Aku berasa sedih kerana tidak boleh berlari lagi .  
     Selepas itu ,kawan-kawan aku menziarahi aku di hospital . Kawan-kawan aku membawa buah tangan . Saya berbual-bual bersama mereka . Pada pukul 3:00 petang , kawan-kawan aku pun pulang .  
     Selepas beberapa hari , doktor mengatakan bahawa kaki aku sudah sembuh . Aku pun keluar dari hospital untuk pulang ke rumah . Aku berharap supaya aku akan lebih berhati-hati kelak .
 

Submit a comment:

Name