Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman menaiki jereta api., by Nur mahirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Nur mahirah
Title:Pengalaman menaiki jereta api.
2017-01-20 23:10
Kami sekeluarga tidak dapat balik ke kampung menaiki bas ekspres kerana kehabisan tiket.Ayah mengesyorkan kami menaiki kereta api untuk pulang ke Arau,Perlis. Kami menurut sahaja cadangan ayah. Lgipun,ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki kerata api.  
             Setelah tempahan tijet dilakukan,kami ke stesen kereta api Kuala Lumpur sentral(KL Sentral),iaitu dua hari sebelum hari raya disambut. Ketika kami sampai,kelihatan banyak orang telah membanjiri tempat menunggu untuk pulang bercuti serta berhari raya ke destinasi masing- masing.  
                Mengikut catatan tiket tersebut, kami akan menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) Sinaran pagi,"Koc D" pada pukul 11:30 malam.Di dalam kabin juga disediakan kemudahan pendingin hawa,tandas dan bahan bacaan. Pramugari yang bertugas melayan para penumpang dengan layanan mesra.  
                 Kereta    api akan berhenti untuk menurunkan atau mengambil penumpang di stesen-stesen tertentu. Di dalam kereta api juga terdapat kafe untuk kemudahan para penumpang membeli makanan bagi mengalas perut. Saya membeli dua bungkus kacang dan sebungkus gula-gula untuk kudapan sepanjang perjalanan.  
                    Semua tempat duduk di dalam koc di penuhi oleh penumpang. Pelbagai aksi penumpang dapat dilihat sepanjang perjalanan,ada yang tidur,membaca dan berborak dengan keluarga atau kenalan baru. Mataku pula hampir terpejam tetapi dapat bertahan kerana kehebatan panorama di kiri dan kanan serta gelagat penumpang.  
                 Setelah hampir tujuh jam    perjalanan,kami pun tiba di stesen kereta api Padang Besar,Perlis. Begitu serba sedikit tentang pengalaman saya menaiki kereta api. Saya berasa amat seronok dan berharap agar dapat menaiki kereta api lagi pada masa-masa akan datang.
 

Alyn, (2017-05-06 13:11)
This ariltce is a home run, pure and simple!
 
, (2017-02-01 16:43)
Mesti Comey muko awok ke...Mace sayo...Sajo opai...😜😜😝😝  
#GOTCHA
 
, (2017-02-01 16:34)
I WISH I CAN WRITE AN ESSAY LIKE YOU NUR MAHIRAH...😣😣😣I AM VERY DISSAPOINTED AT MYSELFFFFFFF...😖😖😖😖
 
To NUR MAHIRAH.., (2017-02-01 16:27)
Baguslah awk punye karangan...Bolehlah sy tiru awak punye karangan untuk buat kerja sekolah..Terima kasih bebanyak NUR MAHIRAH..  
#NURMAHIRAHTHEBEST  
#GOODESSAYNURMAHIRAH  
#LOVEUW*- ALAUPUN TK PERNAH KENAL..  
😄😍😀😁😂😃😆😉😊😋😎😘*- 😙😚☺😇

 
, (2017-02-01 16:06)
Pengalaman menaiki kereta api....Am I right...🚅🚄🚇🎢
 
Submit a comment:

Name