Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar, by Imtiyaz
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Imtiyaz
Title:Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
2017-01-12 20:56
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar  
 
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Alam sekitar ialah alam sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam kerana Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.  
 
             Hadirin sekalian,  
 
             Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai merupakan sumber air manakala lautan adalah sumber makanan kita. Justeru, semua pihak haruslah memelihara sumber keperluan ini.  
 
             Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para pelancong. Kedatangan para pelancong akan memajukan sektor-sektor perniagaan negara kerana mereka akan berbelanja di negara kita. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar untuk menarik kedatangan pelancong ke negara kita.  
 
             Hadirin sekalian,  
 
             Pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Kita bernafas menggunakan oksigen yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, jagalah tumbuh-tumbuhan agar udara disekeliling kita lebih bersih, sejuk dan segar.  
 
             Hutan pula ialah habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu, alam sekitar yang terpelihara akan memastikan generasi seterusnya juga dapat melihat pelbagai jenis kehidupan haiwan di dunia ini.  
 
             Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran udara, air dan lain-lain akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga pula merupakan sumber ubat-ubatan. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar agar sumber ubat-ubatan terpelihara.  
 
             Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar yang merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.  
 
             Sekian, terima kasih.
 

Ain maisarah, (2018-01-12 19:03)
This is a bunch of informations about me
 
Mickey, (2017-05-07 16:49)
It's really great that people are sharing this inmorfation.
 
Submit a comment:

Name