Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Suatu kebakaran berlaku di Kampung Simpang Tiga, by Just do It ✔️
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Just do It ✔️
Title:Suatu kebakaran berlaku di Kampung Simpang Tiga
2017-01-08 06:13
ALOR SETAR, Rabu - suatu kebakaran besar telah berlaku di Kampung Simpang Tiga dekat Alor Setar pagi tadi.Kebakaran itu berlaku pada kira kira 8:00 pagi dan disedari oleh salah seorang penduduk yang ternampak api menjulang keluar dari salah sebuah rumah di situ. Sepuluh buah rumah musnah manakala 15 buah lagi rosak teruk akibat kebakaran tersebut. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan .                                                                                  
        Dua buah jentera bomba berkejar ke tempat kejadian itu. Anggota bomba mengambil masa satu setengah jam untuk memadamkan api. Mengikut siasatan awal oleh pihak bomba,api dipercayai berpunca daripada tong gas yang meletup di salah sebuah rumah berkenaan. Banyak harta benda tidak dapat diselamatkan kerana banyak penduduk telah keluar berkerja. Setakat ini, Kerugian masih belum dapat dianggarkan.                                                                                                                                                                                                                                      
        Orang yang mula-mula menyedari kebakaran itu, Jamilah Ali, 48 tahun,menyatakan bahawa dia terdengar letupan semasa sarapan. Dia cepat-cepat keluar dari rumah dan terkejut apabila ternampak api menjulang keluar dari tingkap rumah jirannya. Dia telah menjerit meminta tolong manakala salah seorang jirannya telah menelefon bomba. Api merebak dengan cepat dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain kerana kebanyakan rumah di situ diperbuat dari papan dan angin bertiup agak kencang pada pagi itu .                                                                                                                                                         Mangsa-mangsa kebakaran ini ditempatkan di dewan orang ramai manakala sesetengah menumpang di rumah saudara-mara. Pihak jabatan kebajikan masyarakat menagih-agihkan bantuan berupa wang ringgit,pakaian, dan makanan kepada mangsa. Jawatankuasa keselamatan kampung pula giat menjalankan kutipan derma untuk membantu mangsa membina rumah mereka semula.  
        
 

Rayshelon, (2017-05-07 17:28)
Call me wind because I am ablutosely blown away.
 
Siti Nur Hidayati , (2017-01-15 21:35)
wow
 
vincent lee KAI YANG, (2017-01-09 20:09)
OK
 
Submit a comment:

Name