Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Balas surat rakan dengan menceritakan aktiviti yang telah anda lakukan semasa cuti sekolah yang lalu. (Bahagian C, Q2, 2013) , by CHMS001#20130517
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak CHMS001#20130517
Title:Balas surat rakan dengan menceritakan aktiviti yang telah anda lakukan semasa cuti sekolah yang lalu. (Bahagian C, Q2, 2013)
2017-01-02 04:11
                                                     88, Lorong 88,  
                                                     Jalan 88,  
                                                     96000 Sibu,  
                                                     Sarawak.  
 
     Menemui sahabatku, Lina yang kini berada di Kuching, semoga saudari sentiasa sihat walaifiat.  
 
Saudari,  
 
     Saya di sini sihat-sihat belaka. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada saudari kerana lambat membalas surat. Sejak kebelakangan ini, saya sangat sibuk membuat persiapan peperiksaan. Dalam warkah saudari, saya mendapat tahu bahawa saudari ingin mengetahui tentang aktiviti saya semasa cuti sekolah yang lalu. Baiklah, saya akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti saya.  
 
     Pada empat hari pertama cuti sekolah, saya sekeluarga telah pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Di kampung, saya berpeluang untuk menikmati pemandangan yang indah dan menghirup udara yang segar. Saya berasa sangat gembira dan selesa dengan kehidupan di desa berbanding dengan kehidupan di bandar yang bosan.  
 
     Selain itu, saya juga berpeluang untuk menikmati makanan yang dibuat oleh nenek. Makanan yang dibuat oleh nenek sangat digemari oleh saya sekeluarga kerana ia memang sedap sehingga menjilat jari. Setiap petang keempat-empat hari itu,    saya akan menemi datuk memancing di tepi sungai. Menurut ajaran datuk, memancing menguji kesabaran kita. Dengan ajaran datuk yang banyak berpengalaman, saya juga telah mahir memancing ikan. Memancing ikan sememangnya sejenis hobi yang berfaedah. Kami juga mendapat hasil yang lumayan.  
 
        Di samping itu, saya sekeluarga juga belajar kemahiran untuk mengait dan menjolok buah-buahan. Saya sangat menikmati saat-saat yang riang itu. Lebih-lebih lagi, saya sekeluarga juga dapat makan buah-buahan yang diperolehi. Pada setiap malam, datuk dan nenek akan menceritakan cerita masa lampau. Saya sekeluarga mendengan dengan khusyuk sekali kerana hariran tentang masa silam mereka.  
 
        Tambahan pula, saya sekeluarga juga berpeluang untuk menghadiri pesta kebudayaan yang dianjurkan oleh kampung tersebut. Pesta itu sangat bererti buat saya kerana saya dapat mengenali budaya dan adat resam kaum. Bak kata perpatak, tidak kenal maka tidak cinta. Oleh itu, saya sangat menghargai budaya kaum masing-masing.  
 
        Sebelum pulang, datuk dan nenek telah membekalkan saya sekeluarga juadah yang enak. Setelah berehat dan bermain selama dua hari, saya pun mula membuat kerja sekolah. Saya juga membantu ibu membuat kerja rumah seperti menghias rumah dan membersihkan rumah. Saya juga mengisi masa lapang saya    dengan meminjam buku di perpustakaan.  
 
        Setakat sahaja buat kali ini. Harap saudari puas hati dengan perkongsian saya. Jumpa pada warkah yang lain. Saya juga telah menyertakan beberapa keping foto buat tatapan saudari. Sampaikan salam saya buat saudari sekeluarga. Sekian.  
 
                                                                Sahabatmu,  
                                                                CHMS001
 

Candid, (2017-05-06 13:58)
That's a shrewd answer to a tricky qutiosen
 
Submit a comment:

Name