Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kasih Seorang Ibu, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Kasih Seorang Ibu
2016-12-28 15:09
     Maria ialah anak yatim. Ibunya meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun. Namun begitu, pada usianya menjangkau lapan tahun, ayahnya berhasrat untuk berkahwin kali kedua. Jadi, dia mempunyai ibu tiri.  
     Tahun berganti tahun, kini sudah empat tahun dia mempunyai ibu tiri. Maria masih tidak dapat menerima ibu tirinya walaupun dia mengakui ibunya itu sangat baik.  
     Maria mempunyai dua orang adik tiri. Hubungan antara dia dengan adik-adiknya itu baik dan rapat tetapi dengan ibu adalah sebaliknya.  
     Suatu hari, Maria dimasukkan ke hospital secara mengejut dan telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Semenjak itu, ibu banyak menjaga dan berkorban untuk Maria tetapi Maria tetap berkeras hati untuk menerima ibunya.  
     Selang beberapa bulan, Maria menerima seorang penderma buah pinggang tetapi tidak mengenalinya. Selesai pembedahan, ayahnya memberitahu bahawa ibunya yang telah mendermakan buah pinggang untuk Maria. Maria berasa bersalah dan sangat terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya.  
     Maria pergi ke bilik rawatan ibunya dan menyatakan rasa bersalahnya selama mereka bersama. Maria mencium tangan ibunya dan meminta ampun. Mereka berpelukan dan ibunya berasa sangat gembira.
 

Gloriane, (2017-05-07 17:15)
Deep thought! Thanks for coniitbutrng.
 
zahin, (2017-01-06 16:36)
Very² sad,I crying  

 
, (2017-01-04 23:21)
tak hinginn !!
 
Anging, (2016-12-31 20:38)
so sad
 
Sarmmila Rajendran, (2016-12-28 15:40)
Please leave a comment guys!
 
Submit a comment:

Name