Welcome!

Contoh Karangan UPSR: UCAPAN , by Mani Sankar Mani Thamil kko
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Mani Sankar Mani Thamil kko
Title: UCAPAN
2016-12-19 19:50
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru    di sekolah ini.  
 
Hadirin    sekalian,  
 
         Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari    yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.  
Rakan-rakan    sekalian,  
         Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.  
 
         Guru juga adalah    ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat    guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.  
 
Rakan sekalian,  
 
        Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia    mendengar    segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.  
 
         Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .  
 
Sekian , terima kasih.  

 

secret, (2017-08-06 12:47)
Thx
 
Kevrell, (2017-05-06 13:43)
Thanks for the inhsgit. It brings light into the dark!
 
Submit a comment:

Name