Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Dan Keburukan Permainan Video, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Kebaikan Dan Keburukan Permainan Video
2016-12-10 15:43
     Permainan video merupakan salah satu permainan yang semakin digemari dalam kalangan murid-murid. Permainan video ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.  
     Walaupun permainan video menjadi lambang kecanggihan sains dan teknologi, permainan video ini membawa pengaruh yang kuat seperti membazirkan masa murid-murid.  
     Permainan video kebanyakannya mempamerkan aksi yang ganas. Hal ini menunjukkan perkara yang negatif untuk kegunaan murid kerana mereka mudah terikut-ikut dengan perlakuan yang ganas.  
     Walau bagaimanapun, permainan video juga mempunyai kebaikan. Murid dapat mengembangkan minda dengan membentuk strategi untuk memenangi sesuatu permainan. Ibu bapa memainkan peranan dalam pemilihan permainan video yang sesuai dengan kegunaan anak-anak supaya anak-anak dapat menambah pengetahuan.  
     Oleh itu, kebaikan dan keburukan permainan video bergantung kepada pemilihan permainan video. Seseorang itu perlu bijak memilih agar permainan video dapat membina diri.
 

Neveah, (2017-05-07 17:17)
Ecmonoies are in dire straits, but I can count on this!
 
angel, (2016-12-11 23:00)
saya tidak minat akan permainan video.  
 
sekian. terima kasih
 
Submit a comment:

Name