Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar
2016-12-09 23:42
     Masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan pelajar semakin berleluasa pada masa kini. Gejala buli, ponteng sekolah, merokok, gangsterisme dan vandalisme banyak diperkatakan di media massa sehingga ada juga yang menyebabkan berlakunya kematian.  
     Terdapat beberapa punca berlakunya masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah keruntuhan institusi kekeluargaan. Ibu bapa yang sering bergaduh sehingga menyebabkan anak-anak tertekan akan menyebabkan anak-anak menjadi murung dan berasa diri mereka diabaikan.  
     Kurangnya didikan dan kasih sayang ibu bapa menyebabkan anak-anak memberontak. Ibu bapa perlu meluangkan masa berkomunikasi bersama anak-anak serta memberikan perhatian kepada mereka.  
     Selain itu, pengaruh persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya, media massa, sekolah dan asrama juga menjadi punca masalah disiplin pelajar. Semangat ingin mencuba menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan sesuatu masalah disiplin.  
     Pelajar juga perlulah mempunyai kesedaran dalam diri sendiri. Pelajar sepatutnya memikirkan baik dan buruk sesuatu perbuatan itu sebelum melakukannya.  
     Usaha untuk mengatasi masalah disiplin pelajar membabitkan semua pihak. Semua pihak perlu bertanggungjawab mengatasi masalah disiplin pelajar kerana pelajar adalah generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan.
 

sharvini, (2019-04-22 23:30)
TQ4 the useful points.....
 
Havissh , (2018-10-20 20:41)
okey.thank you
 
bellazzz, (2017-07-05 18:18)
peranan guru?
 
Zavrina, (2017-05-07 08:45)
11/12/2010 - 1:53pmEn eso estoy de acuerdo Hunter, hasta me extraña que alguien como Ramón Besa, que pralbobemente sea el mejor periodista deportivo de este país, haya dicho eso (no dudo de Carlos). Sobretodo porque el llevar Unicef, Bwin o Charcuteria Paquita no depende de los propios jugadores.
 
Nyarishma kaur, (2017-01-22 14:25)
tq for the karangan
 
Sarmmila Rajendran, (2016-12-14 23:06)
Tq for the point...hihi
 
hehe..., (2016-12-11 20:53)
1 lagi punca: masalah guru itu sendiri.  
 
Ada guru yang x tau mengajar,  
x sayang k student,  
hy marah kat student, btl tk?
 
Submit a comment:

Name