Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kemanisan Nikmat, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Kemanisan Nikmat
2016-12-08 14:52
     Air mata mengalir laju tanpa dapat dibendung lagi. Sarmmila bukanlah seorang yang mudah menangis tetapi kali ini hatinya benar-benar terusik.  
     Air mata yang jatuh kali ini merupakan air mata kegembiraan dan bukanlah air mata keperitan. Kertas di tangannya menjadi bukti segalanya. Keputusan peperiksaan UPSR keluar pada hari ini dan dia berjaya mendapat 6A.  
     Dia bersyukur kerana usaha dan pengorbanannya selama ini berhasil. Dia bukan berasal daripada keluarga yang senang. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan membantu ibu menjual kuih. Waktu belajarnnya hanyalah di waktu malam. Masa tidurnya hanya empat jam sehari.  
     Kejayannya ini juga adalah atas berkat doa ibu yang tidak putus-putus. Ibu berkorban dengan membuat pelbagai kerja untuk memberi keselesaan mereka adik beradik.  
     Kejayaanya ini akan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Pelajaran sahaja yang boleh mengubah kehidupannya kelak.  
     Dia berazam akan terus berusaha lebih gigih. Perjalanannya masih jauh dan masih banyak lagi halangan dan cabaran yang perlu dia tempuhi. Dia akan memastikan kejayaan masa depan akan menjadi miliknya.
 

Taco, (2017-02-13 02:30)
Talented!  

 
Sarmmila Rajendran, (2016-12-28 15:38)
Please leave a comment guys!
 
Submit a comment:

Name