Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Adik-beradik yang sering bergaduh, by Santhiya Ganeshamurthy
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Santhiya Ganeshamurthy
Title:Adik-beradik yang sering bergaduh
2016-12-05 20:16
Budi dan Hadiman adik-beradik.Mereka sering berselisih faham  
dan bergaduh dek sikap si adik yang gemar merajuk    dan cemburu.Si abang pula bersikap tegas dan keras hati.  
        Pada suatu hari,mereka bergaduh lagi.Puncanya ialah si abang menegur si adik yang sering menonton televisyen sehingga lewat malam,sedangkan peperiksaan hampir tiba.Si adik tidak dapat menerimanya dan menuduh abangnya sengaja mahu menyakiti hatinya.  
        Dalam perselisihan itu,ibu mereka menyokong tindakan si abang,iaitu Budi.Bagi ibu,teguran Budi itu betul dan kena pada tempatnya.Budi menegur Hadiman yang gemar membuang masa sedangkan peperiksaan semakin hampir.Hal ini menambahkan kemarahan Hadiman.Ekoran kejadian itu,dia merajuk dan sering memerap di dalam biliknya.  
        Hatinya yang panas menambah semangat kepada Hadiman untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Dia menyahut cabaran abangnya dan ingin membuktikan kepada ibu dan abangnya bahawa dia juga akan memperoleh keputusan yang cemerlang seperti abangnya.  
        Semasa menerima keputusan UPSR,Hadiman tersenyum gembira.Dia tidak menyangka sama sekali bahawa dia mendapat keputusan cemerlang.Dia amat berterima kasih kepada abangnya.Dia berasa amat bersalah kerana sudah lama dia tidak menegur abangnya.Dia tidak sabar untuk menunjukkan keputusan peperiksaanya kepada ibu dan abangnya.  
         Apabila tiba di rumah pada petang itu,Hadiman disambut oleh ibu dan abangnya.Mereka kelihatan tersenyum.Rupa-rupanya mereka telah mendapat tahu akan keputusan peperiksaanya melalui Cikgu Azianti.Sebagai tanda tahniah,Budi telah menghadiahi adiknya satu set buku cerita.Hadiman gembira dengan pemberian abangnya itu.Mereka kini berbaik-baik semula.Begitulah hubungan mereka,bak kata pepatah carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga".
 

Suki Jing Bee, (2017-10-31 23:54)
Best essay ..☺. Xie xie  

 
Jayde, (2017-05-07 17:04)
Todhucown! That's a really cool way of putting it!
 
kashah, (2017-01-08 14:58)
ok lah... drpd pendek gila an..good2  

 
V, (2016-12-19 19:53)
Good
 
, (2016-12-19 19:41)
good
 
Unknown..., (2016-12-14 23:11)
Not so nice...
 
blossom, (2016-12-10 01:49)
terbaiiiiiiiiiiiiiik!  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name