Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Cuti Sekolah, by Santhiya Ganeshamurthy
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Santhiya Ganeshamurthy
Title:Pengalaman Cuti Sekolah
2016-12-02 01:26
            Sewaktu menikmati makan malam,ayah memaklumkan bahawa dia akan membawa kami sekeluarga bercuti di Melaka.Kami berasa amat gembira kerana kami tidak pernah pergi ke bandar raya bersejarah itu.  
 
            Kami bertolak seawal pagi dan tiba di sana lebih kurang pukul 11:00 pagi.Selepas makan tengah hari,kami melawat ke Muzium Rakyat.Muzium ini mempamerkan adat dan cara hidup orang Melaka pada zaman dahulu.  
 
            Pada keesokan paginya,kami melawat Kota A'Famosa dan Stadhuys.Stadhuys merupakan bekas kediaman Gabenor Belanda.Kini,bangunan itu digunakan sebagai Muzium Melaka.  
 
            Di Stadhuys,kami dapat menyaksikan pameran tembikar Cina,pakaian Baba dan Nyonya dan sebagainya.Aku terasa seolah-olah kembali ke zaman kegemilangan Melaka.  
 
            Kami menaiki beca mengelilingi bandar raya Melaka.Kami juga tidak melepaskan peluang membeli beberapa kraf tangan sebagai kenang-kenangan.Sebelum pulang,kami sempat bergambar di setiap tempat yang kami lawati.  
 
            Percutian ini benar-benar menyeronokkan kami.Kekayaan negeri Melaka dengan khazanahnya yang berharga amat mengagumkan kami.
 

Anisah binti Najmi ☺☺, (2017-07-14 20:59)
SUPERB ......☺☺☺☺☺☺
 
Hasnah Hajaratul, (2017-05-06 23:33)
 
Bagus Karangan Ini.
 
Ridzuan, (2017-02-25 21:11)
BAGUS KARANGAN INI... CIKGU SAYA PUJI SAYA UNTUK KARANGAN INI.
 
Sarmmila Rajendran, (2017-02-08 17:13)
I love this karangan... I hope you get 6A's in your UPSR exam... May god bless you.
 
Aina Syakirah, (2017-01-31 23:42)
Nice karangan
 
Santhiya Ganeshamurthy, (2016-12-08 19:48)
Please comment me.
 
Santhiya Ganeshamurthy, (2016-12-02 22:15)
Thank you so much for your comment.
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name