Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Hari Guru, by Santhiya Ganeshamurthy
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Santhiya Ganeshamurthy
Title:Sambutan Hari Guru
2016-12-01 01:45
 
Jumaat,16 Mei 2016  
 
8.00 pagi  
 
     Sebaik sahaja tiba di sekolah,aku terus menuju ke dewan sekolah.Aku bertugas untuk menyusun hadiah.  
 
9.00 pagi  
          
     Majlis bermula,guru besar memberi ucapan yang ringkas.Ketua pengawas memuji guru-guru dengan mendeklamasikan sajak.Kawan-kawan aku bertugas untuk memberi layanan kepada para hadirin yang menghadiri majlis.  
 
10.30 pagi  
 
     Makanan telah disediakan oleh pihak sekolah.Semua murid dan ibu bapa beratur untuk mengambil makanan yang sedap itu.Makanan yang disediakan oleh pihak sekolah ialah nasi goreng,kuih-muih dan pelbagai makanan dan minuman pula disediakan.  
 
12.30 tengah hari  
 
     Selepas habis makan,sekolah mengadakan beberapa acara yang diminati oleh semua orang.Acara pertama ialah pertunjukan fesyen.10 orang murid menyertai pertunjukan ini.Seterusnya,pelbagai aktiviti sukan pula diadakan dan pertandingan seterusnya pun dijalankan.  
 
1.30 tengah hari  
 
     Pemenang bagi semua pertandingan diumumkan.Seterusnya,semua murid memberi hadiah kepada guru-guru yang mereka menyukai.Pihak PIBG dan pihak sekolah memberi cenderamata kepada guru-guru.Hadiah kepada semua pemenang telah diberikan.  
 
2.00 petang  
 
     Sambutan hari guru tamat.Kami mula membersih dewan sekolah.Walaupun keletihan,namun kami berasa sangat gembira.  
      
      

 

Santhiya Ganeshamurthy, (2016-12-08 19:50)
Please give me comments.
 
Santhiya Ganeshamurthy, (2016-12-02 22:35)
Thank you so much Ereddna (Aku seekor Cicak). Please comment for me.Thank you.
 
Aku seekor Cicak, (2016-12-01 02:42)
bagus karangan ini
 
Submit a comment:

Name