Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT 😓, by Riana asnie binti tardi
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Riana asnie binti tardi
Title:SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT 😓
2016-11-27 00:20
         Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri yang bernama Encik Nazim dan Puan Fasha.Kehidupan mereka serba sederhana dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Izlan.Mereka amat baik dengan jiran mereka iaitu Pak Asyraf dan isterinya.  
        Pada suatu hari,kereta yang dipandu oleh Encik Nazim terlibat dalam kemalangan jalan raya.Encik Nazim dan isterinya terkorban dalam kemalangan itu.Manakala,Izlan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.Oleh sebab terlalu bersimpati,Pak Asyraf megambil Izlan sebagai anak angkatnya.  
             Pak Asyraf berkerja sebagai tukang kebun di sebuah syarikat swasta.Isterinya pula menjual kuih-muih untuk menambahkan pendapatan mereka.Segala keperluan persekolahan Izlan dipenuhi dengan rasa tanggungjawab.Harapan mereka ingin melihat Izlan gembira dan berjaya dalam hidup.  
     Izlan dijaga oleh Pak Asyraf seperti anak kandung sendiri. Izlan dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberi didikan yang sempurna oleh Pak Asyraf dan isterinya.Akhirnya,Izlan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.Setelah tamat pengajian,Izlan berkerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur.  
             Pak Asyraf dan isterinya sangat gembira dengan kejayaan Izlan itu.Sejak Izlan menjawat jawatan tinggi dan beristeri, dia mula melupakan keluarga angkatnya.Dia tidak lagi pulang ke kampung menziarahi mereka.Malah, dia juga tidak pernah mengirimkan wang kepada keluarga angkatnya yang semakin uzur itu.  
     Pada suatu hari, Pak Asyraf pergi ke rumah Izlan untuk meminta sedikit wang bagi merawat isterinya yang sakit.Izlan tidak mahu membantu malah berpura-pura tidak mengenalinya. Pak Asyraf sangat sedih    dan kecewa dengan sikap Izlan yang "SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT".
 

Terbaik, (2017-07-27 00:39)
Jalan cerita yang sangat bagus.Teruskan usaha kamu lagi.
 
Leaidan, (2017-05-07 16:51)
There is a critical shortage of inramfotive articles like this.
 
UNKNOWN, (2017-03-31 20:01)
BAGUSNYA JALAN CERITA NI #AKU SUKA
 
good , (2016-12-19 15:41)

 
SYA, (2016-12-11 13:39)
boleh la
 
powerpuff girl, (2016-12-10 01:39)
bagus dan mantap.teruskan usaha lagi.
 
powerpuff girl, (2016-12-10 01:00)
bagus dan mantap.teruskan usaha lagi.
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name