Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Permainan Tradisional Lebih Baik Daripada Permainan Masa Kini, by siti asnnie
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah siti asnnie
Title:Permainan Tradisional Lebih Baik Daripada Permainan Masa Kini
2016-11-19 00:54
         Selamat pagi dan salam satu malaysia saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis,panel hakim yang arif lagi bijaksana, yang berusaha guru besar sekolah kebangsaan lanas Encik Owin timbangan, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian.Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang penuh ceria ini ialah "Permainan Tradisional Lebih Baik daripada Permainan Masa Kini".  
Hadirin yang saya muliakan,  
         Permainan tradisional mesti diteruskan dan diperkenalkan kepada generasi baru.Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal-usul rumpun melayu.Kita sebagai generasi baru tidak seharusnya memulaukan permainan ini.Hakikatnya, permainan tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri.Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik.Contohnya permainan gasing,layang-layang,congkak dan sebagainya.Cantik dan halus buatannya,tambahan pula, permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang mahal berbanding dengan permainan masa kini.  
        Kebanyakan permainan masa kini menggunakan tenaga elektrik dan bateri.Untuk memilikinya juga mahal.Bagi ibubapa yang berpendapatan tinggi,mereka mampu membelinya untuk dihadiahkan kepada anak mereka sahaja.  
            Selain itu,permainan tradisional dapat merapatkan silaturahim antara permainan pemain kerana permainan ini kebiasaanya dimainkan secara berkumpulan.Berbeza dengan masa kini yang bersifat individu.Contohnya permainan video,komputer dan sebagainya.  
        Sidang hadirin yang dihormati,  
                Nampaknya masa mencemburui saya untuk berhujah.Sekali lagi,saya ingin tegaskan permainan tradisional lebih baik daripada permainan masa kini.  
    Sekian,terima kasih
 

siti asnnie, (2016-11-26 01:16)
Owhhh bah thank u
 
Dua Kawan , (2016-11-19 00:55)
Ya, betul
 
Kawan Siti, (2016-11-19 00:54)
Ya, betul. Aku Suka karangan u
 
Submit a comment:

Name