Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Jiran Sepakat, by Abby Nickhole Robert
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Abby Nickhole Robert
Title:Jiran Sepakat
2016-11-18 22:58
Selamat pagi,salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.Yang saya hormati Pengacara Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lanas Encik Owin Timbangan, guru guru Penolong Kanan, guru guru yang saya hormati, rakan rakan dan para hadirin yang saya kasihi. 
     Batu geliga batu permata, 
         Diikat dengan emas suasa, 
    Jiran tetangga saudara kita, 
         Perlu dilayan mesra sentiasa. 
    Demikianlah pantun pembuka bicara tentang berjiran.Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.Kini, semangat kejiranan semakin pudar.Kesibukan hidup menyebabkan masyarakat masa kini bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. 
     Persoalannya, apakah langkah langkah yang boleh diambil untuk mengembalikan semangat kejiranan itu? Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa pandangan. 
     Marilah kita menyemarakan semangat gotong royong.Sebagai contoh, kita membaik pulih dan mengecat balairaya.Manfaat gotong royong ini akhirnya dapat dinikmati oleh penduduk setempat.Merekalah yang menggunakan balairaya untuk pelbagai aktiviti. 
Hadirin yang saya hormati, 
     Majlis rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.Dalam majlis sebegini, para penduduk lazimnya akan bekerjasama menyediakan pelbagai juadah.Disamping mengeratkan hubungan sesama jiran, para penduduk juga dapat menyelami budaya kaum lain. 
Sidang hadirin, 
        Bilakah kali terakhir kita menziarahi jiran kita? Kini, sudah tiba masanya kita menghidupkan semangat kejiranan dengan menziarahi jiran yang ditimpa kemalangan atau yang baru menerima cahaya mata. 
Akhir kata, 
        Marilah kita bersama sama menghidupkan semangat kejiranan ditempat tinggal kita.Sentiasalah kita bersedia untuk membantu jiran, sama ada diwaktu senang mahupun diwaktu susah.Ingatlah, "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa". 
     Sekian dan terima kasih.
 

Dayanara, (2017-05-07 18:47)
Muito interessante este diálogo, mas fora os innieveterntes, acho que ninguém percebeu nada.Logo, ou o nosso amigo Queirosiano faz um "pete frame",ou vou ter que pressionar a namorada de um deles...Quem foi o quê nos Zoo?É por isso que não confio em bandas com mais de 4!LT
 
Lakeisha, (2017-05-07 17:01)
Your posting is abltuloesy on the point!
 
, (2016-12-22 14:56)
terima kasih
 
Nickhole, (2016-11-21 21:22)
Terima kasih@Faris
 
FARIS, (2016-11-21 13:03)
HEBATLAH KARANGAN AWK  

 
, (2016-11-19 00:04)
Wow
 
Asnnie, (2016-11-19 00:03)
Owhhh bababababa
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name