Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kesan buruk telefon bimbit , by Kavita
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Kavita
Title:Kesan buruk telefon bimbit
2016-10-10 20:24
Pada zaman ledakan teknologi ini,telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia. Telefon bimbit menjadi medium penting. Namun begitu, telefon bimbit ada pelbagai kesan buruk. Oleh itu, kita haruslah menggunakan telefon bimbit dengan bijak.  
 
Malangnya, ada orang yang menyalahgunakan teknologi ini untuk keseronokan. Mereka gemar berbual dengan rakan sehingga lewat malam. Hal ini menyebabkan masa mereka terbuang seperti cogan  
Kata masa itu emas.  
 
Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan akademik pelajar kerana mereka selalu menggunakan telefon bimbit. Dengan ini, prestasi pelajar akan turun dan mereka meluangkan masa dalam menggunakan telefon bimbit.  
 
Ada segelintir pelajar mengganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Banyak ibu bapa membeli telefon bimbit yang canggih kepada anak mereka. Sikap suka menunjuk-nunjuk telefon bimbit kepada rakan rakan membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat.  
 
Seterusnya dengan menggunakan telefon bimbit juga akan mengurangkan kesihatan kita. Mata kita terpaksa akan cepat letih kerana lama menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit juga akan mengurangkan nyawa seseorang.  
 
Kesimpulannya, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit akan membawa pelbagai kesan negatif kepada masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bijak menggunakan telefon bimbit dan tidak menyalahgunakannya.  

 

Joyelle, (2017-05-07 16:50)
Such a deep anewrs! GD&RVVF
 
BAGUS!, (2016-12-24 18:29)

 
missxhayeon , (2016-10-15 01:31)
Baik  

 
harry potter, (2016-10-12 21:08)
bagus  

 
Kawan, (2016-10-11 01:11)
Jadi, adakah awak menggunakan komputer besar (desktop) untuk melayari laman ini? (ataupun pakai telefon bimbit?)
 
Submit a comment:

Name