Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Usaha menceriakan kawasan sekolah , by Kavita
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Kavita
Title:Usaha menceriakan kawasan sekolah
2016-10-10 19:57
Keceriaan sekolah mestilah diambil berat oleh pihak pentadbiran sekolah iaitu pengetua. Hal in kerana keceriaan sekolah mendatangkan banyak faedah kepada warga sekolah. Pada pendapat saya , isu keceriaan persekitaran sekolah tidak wajar dipandang ringan oleh pengetua . Terdapat beberapa cara untuk menceriakan persekitaran sekolah.  
 
Pelajar boleh memainkan peranan penting dalam usaha menceriakan persekitaran sekolah. Contohnya, para pelajar mestilah menjalankan tugas harian di kelas seperti membersihkan kelas pada setiap hari. Pelajar juga tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.  
 
Selain itu, guru juga boleh memainkan peranan penting untuk menceriakan persekitaran sekolah. Guru-guru hendaklah menasihati pelajar supaya menjaga kebersihan kelas, tandas dan kantin pada setiap masa. Guru bertugas mingguan hendaklah membuat pemeriksaan terhadap tandas dan kelas pada setiap hari. Guru kelas juga haruslah memastikan kelas mereka sentiasa bersih dan ceria.  
 
Konklusinya, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menceriakan persekitaran sekolah. Pihak pentadbiran sekolah mesti memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih dan ceria. Pihak sekolah juga bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menceriakan persekitaran sekolah.  

 

Kevlyn, (2017-05-07 17:27)
That adsresdes several of my concerns actually.
 
Submit a comment:

Name