Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku seketul pemadam *Frozen*, by Natthalie and gang
Contoh Karangan UPSR
Name:China Natthalie and gang
Title:Aku seketul pemadam *Frozen*
2016-10-02 04:31
     Aku merupakan seketul pemadam yang dicetak dengan gambar-gambar kartun Frozen. Saiz aku agak besar, dianggarkan boleh digunakan selama 3 tahun. Aku dijual dengan harga RM 2.30 kepada Natthalie yang berada di Tahun 5 Merah pada bulan Oktober 2015.  
 
     Nattalie amat menyayangi aku, dan simpan aku dengan baik dalam kotak penselnya. Nattalie merupakan budak yang sungguh hebat, kerana dia boleh menulis satu karangan dalam masa 10 minit.  
 
     Setiap hari, Nattalie menulis sekurang-kurang 20 karangan untuk dikongsikan bersama. Dia menggunakan pensil untuk menulis karangan, termasuk karangan-karangan yang bertajuk "Aku Sebuah Kereta", "Aku sebuah basikal", "Aku seekor Pokemon" dan sebagainya.  
 
     Semakin banyak karangan ditulis oleh Nattalie, semakin banyak kesilapan yang perlu diperbetulkan. Oleh itu, Nattalie menggunakan aku untuk memadam ayat-ayat yang tersalah tulis.  
 
     Aku berasa sungguh bangga kerana dapat berkhidmat dengan lama dengan Nattalie. Semasa UPSR 2016, Nattalie juga membawa aku bersama.  
 
     Setelah tamat UPSR, badan aku menjadi semakin kecil kerana Nattalie telah menggunakan aku dengan banyak kali untuk memadam tulisan yang salah. Pada hari terakhir USPR, setelah habis ujian, Nattalie membuang aku ke dalam tong sampah kerana tidak memerlukan aku lagi.
 

Riana @Girl, (2016-11-27 00:34)
Wow!!!
 
Submit a comment:

Name