Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sehelai Kain Buruk, by Abubakar
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Abubakar
Title:Aku Sehelai Kain Buruk
2016-09-30 13:28
        "Tolong! Tolong! Selamatkan Aku!". Teringat aku pada masa yang aku lahir. Aku lahir di sebuah kilang yang terletak di Selangor. Aku dibawa ke Kedai Kain Pak Afro. Akulah kain yang tercantik dan termahal. Aku berpandangan kepada kain-kain yang tiada kualiti dan buruk. Aku diletak di rak yang cantik dan besar. Harga yang terletak dibadanku ialah RM 30.00. Hargaku terlalu mahal sehinggakan tiada siapa yang mampu beliku.  
 
        Pada suatu hari, datanglah seorang budak dengan ayahnya. Dia pandang aku dengan niat untuk membeliku. Dia seorang yang kaya raya. Dia memberitahu ayahnya tentangku. Aku pun dibeli olehnya dan dibawa ke rumah. Aku disimpan dalam satu kotak yang berwarna merah dan mempunyai hiasan seperti kotak hadiah. Kereta yang dibawanya adalah Ferari. Aku diletak atas pehanya.  
 
        Apabila aku sampai dirumahnya, aku ternampak banyak barangan yang mahal dan cantik di sana. Rumahnya pun dihias dengan bunga-bunga yang cantik. Dua orang gajinya telah memberi air kepadanya. Rumahnya mempunyai banyak kain kain yang buruk yang digunakan oleh orang gajinya.  
 
        Semua kain-kain itu tiada kualiti dan kain yang lama. Semua kain itu dipijak oleh kaki dan digunakan untuk membersihkan meja yang mempunyai sisa sisa makanan. Manakala, aku tidak dipijak dan digunakan untuk mengelap tingkap-tingkap kacanya. Aku berasa bangga dengan badanku yang cantik dan bermutu.  
 
        Pada suatu hari, berlakulah banjir yang besar di rumah tuanku. Air mulai masuk di dalam rumahnya dengan perlahan. Mereka mula menyelamatkan dukumen yang berharga dan penting. Air pun semakin naik ke atas. Aku tidak risau langsung akan keselamatanku kerana aku tahu tuanku akan menylamatkanku. Tetapi jankaanku salah, mereka terus melarikan diri dan tinggalkan aku disini sahaja. Aku mulai merisau, air pun mulai naik ke atas dengan cepat.  
 
        Aku dibawa dengan air tersebut, aku berasa sedih kerana aku tidak diselamatkan oleh tuanku. Aku berpeluh. Banyak sampah yang juga dibawa oleh air itu. Tiba-tiba, aku terhentak ke bangunan yang tinggi, bandanku berasa sakit sekali. Ini lah nasib ku sebagai SEHELAI KAIN YANG BURUK.
 

ain hasssan, (2017-01-15 19:41)
karangan bagus tetapi ada salah sedikit
 
Adiea, (2016-10-16 15:07)
Hebat karangan ni...
 
nurul@syamsuti, (2016-10-03 05:20)
Ok lah tu saya bagi awak 89%ok..  

 
nurul@syamsuti, (2016-10-03 05:19)
Ok lah tu saya bagi awak 89%ok..  

 
abu bakar , (2016-09-30 13:39)
karangan ok tapi ada salah sikit sahaja
 
afiq irfan , (2016-09-30 13:31)
apa kau tuli8s  

 
Submit a comment:

Name