Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Selepas UPSR, by adik
Contoh Karangan UPSR
Name:adik
Title:Selepas UPSR
2016-09-28 02:29
     Selepas seminggu penat menduduki UPSR, aku terasa sungguh letih. Aku tidur selama 12 jam setiap hari untuk membayar hutang tidur.  
 
     Sementara itu, Cikgu Grace, guru kelas aku masih tekun menyediakan bahan persediaan untuk murid-murid dalam kelas dalam persediaan memasuki sekolah menengah. Aku kagum dengan usaha beliau, sebelum dan selepas UPSR. Cikgu Grace sungguh menyayangi murid-murid dalam kelas.  
 
     Setiap insan mesti ada tekad untuk mempelajari ilmu baru, tanpa henti, tidak kira umur. "Lifelong learning" Itu lah nasihat Cikgu Grace kepada kami.  
 
     Beliau menyediakan 2000 senarai perkataan Bahasa Inggeris yang mesti difahami oleh murid-murid dalam 3 tahun pertama dalam sekolah menengah. Beliau juga menasihati murid-murid supaya rajin membaca petikan dalam Bahasa Inggeris, kursusnya petikan akhbar. Google Translate boleh digunakan serta merta untuk mendapatkan erti perkataan atau ayat baru Bahasa Inggeris dalam bahasa ibunda.  
 
     Dalam menuju negara baru dalam usaha pemodenan negara, setiap murid mesti rajin belajar dan menuntut ilmu, walaupun UPSR 2016 sudah duduki.
 

Submit a comment:

Name