Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pentingnya Berjimat Cermat, by Nadzatul Elyani bt Ab Rashid
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nadzatul Elyani bt Ab Rashid
Title:Pentingnya Berjimat Cermat
2016-09-23 02:39
Berdasarkan maksud pantun tersebut, kamu dikehendaki menulis sebuah karangan tentang pentingnya berjimat cermat.  
 
Tulis karangan kamu selengkapnya.  
 
 
 
 
 
    Semasa berbelanja, kita tidak digalakkan berbelanja dengan boros kerana kita perlulah sentiasa berjimat cermat. Banyak kepentingan apabila kita berjimat cermat.  
 
    Antaranya,sekiranya salah seorang ahli keluarga kita sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital,kita bolehlah gunakan duit simpanan itu untuk membiayai kos rawatan yang diperlukan. Jadi apabila kita berjimat,duit itu boleh digunakan sekiranya berlakunya sebarang kecemasan.  
 
    Seterusnya,kita boleh melanjutkan pelajaran ke menara gading. Oleh sebab untuk melanjutkan pelajaran memerlukan kos yag tinggi, bolehlah kita gunakan duit simpanan kita itu untuk memenuhi hasrat yang diimpikan setelah sekian lama.  
 
    Selain itu, dengan sentiasa mengamalkan amalan berjimat cermat ketika berbelanja ,kita juga dapat membeli barangan yang diingini . Sebagai contoh baju baharu dan permainan.  
 
    Akhir sekali, apabila kita berbelanja,kita perlulah sentiasa cermat ketika membeli dan elakkan boros.Hal ini dapat memupuk nilai berjimat cermat dalam diri kita.Seseorang yang sentiasa berjimat dan cermat ketika membeli, merupakan seorang pengguna yang bijak.  
 
    Kesimpulannya,sikap berjimat merupakan amalan yang mulia.Jika kita berjimat pada setiap ketika,pasti masa hadapan akan terjamin.  
 

 

fasya nurfadhlin, (2017-07-06 23:06)
wow,karangan ini sangat menarik  

 
fasya nurfadhlin, (2017-07-06 23:06)
wow,karangan ini sangat menarik  

 
Sunny, (2017-05-07 17:05)
I dind't know where to find this info then kaboom it was here.
 
Sunny, (2017-05-07 17:04)
I dind't know where to find this info then kaboom it was here.
 
Kakak, (2016-09-24 00:51)
ya, kita mesti berjimat cermat
 
Submit a comment:

Name