Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Kewujudan Tabung Bantuan Khas Di Sekolah, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Kepentingan Kewujudan Tabung Bantuan Khas Di Sekolah
2016-09-19 21:13
    Yang berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Puan Salina Binti Othman, para pengadil yang bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini pada pagi ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kepentingan Mewujudkan Tabung Bantuan Khas di Sekolah-sekolah".  
    Memang banyak kepentingan mewujudkan Tabung Bantuan Khas di sekolah-sekolah. Antara kepentingan tersebut termasuklah pihak sekolah akan mempunyai satu tabung khas untuk membantu murid-murid. Pihak sekolah tidak perlu lagi meminta derma semata-semata untuk mendapatkan bantuan kewangan.  
    Satu lagi kepentingan mewujudkan Tabung Bantuan Khas ialah murid-murid yang berasal daripada keluarga yang susah boleh mendapatkan bantuan kewangan. Bantuan tersebut dapat meringankan bebanan keluarga mereka. Mereka akan hilang semangat untuk belajar jika tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.  
    Murid-murid yang ditimpa bencana seperti kebakaran, banjir dan kemalangan boleh juga diberi bantuan kewangan menerusi tabung ini. Langkah ini dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh murid-murid berkenaan. Mereka akan hilang semangat untuk belajar jika tidak mendapat bantuan yang sepatutnya.  
    Selain itu, tabung ini juga penting untuk mengatasi masalah kekurangan sumber kewangan. Misalnya, ketika ingin mengadakan sesuatu majlis di sekolah seperti temasya sukan tahunan, hari kantin, majlis penyampaian hadiah dan sebagainya, wang ini dapat digunakan. Tanpa sumber kewangan yang cukup, sesuatu majlis tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.  
    Akhir sekali, kita pastinya tidak mahu ada antara murid yang tercicir dalam pelajarannya atau sesuatu majlis terpaksa ditangguhkan semata-mata kerana kekurangan sumber kewangan. Oleh itu, Tabung Bantuan Khas memang perlu diwujudkan.                                                                    
 

Tawny, (2017-05-07 08:34)
- Dear &##820;F&28221; family ~ What a sweet, sweet peanut you have been blessed with! I hope she is continuing to be the quiet, sleepy little girlie that she was when she was here! See you soon! ♥ ♥
 
Santhiya Ganeshamurthy, (2016-12-02 22:18)
Good essay.
 
Haha, (2016-09-20 02:41)
Haha... good. an upgraded version of 2011 essay.
 
Submit a comment:

Name