Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Keburukan Makanan Ringan, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Keburukan Makanan Ringan
2016-09-17 17:07
    Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putra, Encik Sarman Yusof, guru-guru, ibu bapa, serta murid-murid. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah tentang makanan ringan pada hari ini.  
 
Hadirin sekalian,  
    Penjualan makanan ringan kian berleluasa kini terutamanya kepada kanak-kanak. Sebilangan besar kanak-kanak makan makanan ringan kerana terpengaruh oleh iklan-iklan di televisyen. Iklan-iklan tersebut pula indah khabar daripada rupa.  
    Oleh sebab banyak makanan ringan yang tidak berkhasiat, maka langkah untuk membendung penjualannya perlu diambil. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap pengusaha dan pengeluar makanan ringan yang menjadikan kanak-kanak sasaran mereka.  
    Selain itu, kempen tentang pemakanan yang sihat dan seimbang perlu digiatkan dari semasa ke semasa. Hal ini dapat mengurangkan tumpuan kanak-kanak terhadap makanan makanan ringan. Di rumah, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menikmati makanan ringan yang sesuai dan berkhasiat sahaja. Dalam hal ini, ibu bapa tidak seharusnya mengikut kehendak anak-anak, kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.  
    Di sekolah, guru-guru boleh memberikan penjelasan kepada murid tentang kesan pengambilan makanan ringan terhadap kesihatan. Pihak sekolah perlu juga memastikan makanan ringan tersebut tidak dijual di kantin  
 
Hadirin sekalian,  
    Sesungguhnya, pengambilan makanan ringan tidak berfaedah kepada kesihatan. Pengawasan yang rapi terhadap pengeluarannya perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.  
 
Sekian,terima kasih
 

Mavrick, (2017-05-06 13:44)
If I cominumcated I could thank you enough for this, I'd be lying.
 
Sarmmila Rajendran, (2016-12-28 15:42)
Tq
 
Santhiya Ganeshamurthy, (2016-12-02 22:18)
Good essay...☺
 
Submit a comment:

Name