Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan sukan kepada murid, by Nur Athirah Atikah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Nur Athirah Atikah
Title:Kepentingan sukan kepada murid
2016-09-05 01:00
Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah.Setiap tahun,sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan.Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid.                  
    Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid.Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul.Apabila badan cergas,pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.  
    Selain itu,bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar.Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan,mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mampu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.  
    Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid.Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab.Contohnya dengan menyertai pertandingan sukan,semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih membara.  
    Di samping itu,pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan.Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri.Secara tidak langsung,aktiviti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh negara.  
    Kesimpulannya,sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum.Pihak sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
 

Lettice, (2017-05-07 16:57)
Articles like these put the consumer in the driver seat-very imptroant.
 
Tetsuyakuroko56, (2016-09-05 02:13)
Harap karangan ni masuk UPSR
 
Daniel Haqim, (2016-09-05 01:22)
Tahniah, karangan yang bernas.Cuma melebihi had perkataan.Separuh daripada perkataan anda mungkin tidak dibaca oleh pemeriksa UPSR.
 
Submit a comment:

Name