Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah kamus dwibahasa, by Najiha
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Najiha
Title:aku sebuah kamus dwibahasa
2016-09-05 00:42
                 Aku sebuah kamus dua bahasa. Sebab itulah aku dinamai Kamus Dwibahasa. Aku sendiri tidak ingat tarikh aku dilahirkan. Tetapi yang pasti sebelum tarikh kelahiran itu,aku sudah diasuh,dididik,diteliti,disemak dan dikaji bertahun-tahun lamanya.  
                 Tujuannya hendak memastikan kelahiranku ke dunia ini berada dalam keadaan sempurna,tidak ada langsung cacat celanya. Begitulah pengenalan ringkas tentang diriku,Kamus Dwibahasa.  
                 Keadaan tubuhku besar Dan tebal sampai beribu-ribu halaman. Kulitku juga tebal. Kandunganku disusun menurut abjad daripada A hingga Z. Bahasa asalku ialah Bahasa Inggeris Dan diberikan maknanya dalam Bahasa Malaysia.  
                 Aku dijadikan bahan rujukan.Banyak orang menggunakannya sampaikan halaman-halamanku menjadi lusuh sebab selalu benar disingkap -singkap. Yang paling banyak menggunakan halamku ialah murid sekolah.  
                 Sesudah mendapati apa yang dihajati,pengguna yang pelbagai ragam dan jenis itu menunjukkan wajah riang dan berpuas hati. Akan tetapi ada pula yang melemparkan aku kuat-kuat di atas meja kerana pengguna berkenaan tidak mendapati makna perkataan yang dicari.  
                 Aku mengaduh kesakitan. Begitulah nasib diriku yang bernama Kamus Dwibahasa. Hakikat itu terpaksa aku terima dengan tabah dan tenang. Aku sedar diriku ini amat diperlukan di mana-mana dan pada bila-bila masa juga. Aku menyampaikan ilmu kepada manusia. Dalam half ini ,aku berasa amat bersyukur.  

 

Submit a comment:

Name