Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berkelah di tepi pantai, by Najiha
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Najiha
Title:berkelah di tepi pantai
2016-09-05 00:24
    Pada cuti pertengahan tahun,aku dan keluargaku berkelah di pantai.Sehari sebelum perkelahan,kami menyiapkan barang-barang yang patut dibawa untuk esok.  
 
    Pada hari tersebut,semua keluargaku bersiap sedia untuk berkelah.Ayahku membetulkan keretanya manakala ibu menyediakan makanan untuk dimakan di pantai itu.  
 
    Aku dan kakakku bersedia dan menyediakan keperluan untuk berkelah .Abangku pula tidak membuat kerja apa-apa kecuali menyediakan barang-barang yang hendak dibawanya.  
 
    Pada tengah hari,kami pun bertolak ke pantai tersebut.Alangkah gembiranya aku ketika sampai.Di pantai itu ,terdapat banyak orang . Suasana disitu sungguh meriah.  
 
    Tanpa berlengah aku terus ke tebing laut lalu bermandi-manda di situ.Ibu dan ayahku tersengih melihat telatahku.Ibuku menyediakan makanan manakala ayahku duduk dikerusi memakai cermin mata hitam bersama abangku dengan tenang.  
 
    Selepas bermain , kami sekeluarga menjamu selera sambil berbual.Selepas itu,kami kemas barang-barang kami.Kami pulang dengan gembira walaupun penat.Aku berharap pengalaman ini akan terjadi lagi.    
 

ALEX, (2017-01-19 00:48)
GOOD STORYY, SAYA SUKA KARANGAN YOU ...........................GAMBATEH
 
OLIVIA, (2017-01-19 00:35)
BAGUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS..
 
Submit a comment:

Name