Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman kemalangan saya di pasar raya (Benar), by Andy Yap (Selayang Bahru)
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Andy Yap (Selayang Bahru)
Title:Pengalaman kemalangan saya di pasar raya (Benar)
2016-09-04 00:22
    Pada hari Ahad yang lepas,kami telah pergi ke pasar raya.Suasana di sana sungguh meriah sekali kerana terdapat ramai pengunjung.  
 
    Sebaik sampai,kami terus pergi ke kedai buku.Saya telah membeli pelbagai buku rujukan dan alat tulis untuk membuat persediaan peperiksaan.Saya sempat membelek-belek beberapa buah buku cerita.  
 
    Selepas itu,ibu membawa saya ke restoran makanan Thai.pelbagai menu disediakan untuk menggamit selera para pelanggan.Kami menikmati selera sambil berbual-bual.  
 
    Setelah menikmati selera yang enak,kami menaiki eskalator untuk ke kedai pakaian yang terkenal.Malang tidak berbau,kami dikejutkan dengan jeritan kuat seorang budak lelaki.Kakinya tersepit pada eskalator itu.Susana di sana menjadi sangat cemas.Beberapa orang lelaki yang berani membantu budak lelaki mengeluarkan kakinya yang tersepit tetapi tidak berjaya.  
 
    Beberapa orang anggota bomba tibe di tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.Orang ramai tidak berganjak untuk menyaksikan kejadian yang mencemaskan itu.Setelah sejam tersepit,kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan.Namun ada jari kakinya yang terputus.  
 
    Kami terus pulang ke rumah sebaik sahaja ambulans sampai.Ibu menasihati saya agar sentiasa berhati-hati semasa di atas eskalator kerana malang tidak berbau.
 

khalid, (2016-09-04 18:15)
kamu yang cedera atau orang lain
 
Submit a comment:

Name