Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peribahasa (biar lambat asalkan selamat , by Andy Yap (Selayang Bahru)
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Andy Yap (Selayang Bahru)
Title:Peribahasa (biar lambat asalkan selamat
2016-09-03 23:25
     Peribahasa "biar lambat asalkan selamat" membawa maksud kita perlu melakukan sesuatu dengan cermat dan berwaspada.Hal ini supaya kita dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.  
 
    Peribahasa ini sesuai dijadikan panduan kepada pemandu kenderaan.Semasa berada di jalan raya,kita perlu sentiasa berwaspada dan menggelakan sikap tergesa-gesa.Kita juga perlu merancang jadual perjalanan agar tiba selamat ke destinasi.  
 
    Semasa di jalan raya,kita hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.Jika berlaku kesesakkan di jalan raya,kita perlu bersabar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.  
 
    Walaupun begitu,terdapat pemandu yang ingin segera tiba di destinasi dan melanggar peraturan di jalan raya.Sikap para pemandu yang tidak sabar ini amat berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.Akibat kecuaian ini orang lain pula yang menjadi mangsa.  
 
    Sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak baik,pemandu tersebut akan menyesal kerana sikapnya itu.Ketika itu mereka akan terfikir kemalangan tidak akan terjadi jika mereka cermat dan sabar.  
 
    Peribahasa "biar lambat asalkan selamat"wajar dijadikan panduan dalam hidup.Orang yang mengamalkan sikap ini akan sentiasa selamat dalam setiap perkara.
 

misteri, (2018-12-28 00:34)
Ok. Tapi berapa patah perkatan ye. Balas tau. Wajib
 
pengguna telefon, (2018-08-24 02:40)
karangan ini sangat baik untuk semua murid-murid  

 
Noorull, (2018-08-07 20:33)
Terima kasih untuk karangan ini 😊
 
Samantha, (2018-05-27 19:34)
Berapa perkataan ye untuk karangan ini?
 
, (2018-05-27 19:31)
Terima kasih untuk karangan ini...karangan ini sangat berguna..
 
Unknown, (2018-05-20 01:07)
Berapakah patah perkataan bagi karangan ini
 
Unknown, (2018-05-19 23:38)
Berapakah patah perkataan bagi karangan ini
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name