Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sakit, by fatin najiha
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor fatin najiha
Title:sakit
2016-09-03 22:05
    Setiap insan pernah mengalami kesakitan.Aku pernah mengalami kesakitan yang teramat sangat.Sakit ialah perkara yang amat dibenci oleh manusia.  
 
    Sakit terbahagi kepada dua iaitu sakit yang nyata dan sakit yang terpendam di dalam hati.Kedua-dua sakit ini ada sifat dan keupayaannya yang tersendiri.  
 
    Sakit yang nyata ialah penyakit yang dialami oleh tubuh badan kita.Sakit ini disebabkan oleh penjagaan tubuh badan kita yang tidak dijaga dengan baik.  
 
    Sakit yang terpendam di dalam hati pula bermaksud sakit    yang dibuat oleh seseorang yang menyebabkan kita sedih.Jika kita mengalami sakit tersebut,kita akan rasa dipulaukan.  
 
    Sakit hanya boleh dipulihkan dengan kegembiraan.Contohnya bersenam,bermesra, dan lain-lain.Kita haruslah saling membantu jika rakan kita dalam kesakitan.  
 
    Janganlah kita mengakibatkan kesakitan kepada orang lain.Dan janganlah kita berasa sakit dan meluahkan kepada    orang yang tidak bersalah.        
 

iz, (2016-09-05 00:15)
bagus juga karangan kamu.
 
iz, (2016-09-05 00:15)
bagus juga karangan kamu.
 
Submit a comment:

Name