Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah menyertai kegiatan kokurikulum., by Firdaus
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Firdaus
Title:Faedah menyertai kegiatan kokurikulum.
2016-09-03 01:58
        Kokurikulum merupakan aktiviti atau kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelab atau persatuan,unit beruniform dan sukan.Aktiviti ini di jalankan di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada rendah atau menengah.  
 
        Menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar.Antaranya ialah menyihatkan tubuh badan.Badan kita akan berpeluh menerusi aktiviti-aktiviti yang kita jalani seperti bermain,bergotong-royong,berkawad dan sebagainya.Apabila badan kita sihat,kita akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.  
 
        Selain itu,kokurikulum juga dapat memupuk keyakinan diri,sifat kepimpinan dan disiplin diri.Ini kerana kita perlu mematuhi arahan,masa dan semangat setia kawan yang semuanya mampu membentuk jati diri.Aktiviti yang dianjurkan seperti perkhemahan,pertandingan,menjalankan mesyuarat dan menguruskan aktiviti kelab dapat membentuk sifat kepimpinan.  
 
        Penglibatan kita dalam kokurikulum juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.Menerusi aktiviti yang dijalankan,kita akan bercmpur-gaul dengan orang lain.Dengan itu kita boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat.Hal yang demikian juga boleh mengeratkan silaturahim dan menambahkan kenalan.  
 
        Di samping faedah-faedah di atas,kokurikulun juga boleh menghindarkan kita daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.Masa terluang kita akan terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berfaedah dan terancang.Aktiviti yang dijalankan juga dapat melahirkan sifat berdikari.  
 
        Oleh itu,wajar sekali setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum demi minda yang terbuka,tubuh yang sihat serta jiwa yang bersemangat.            
 

Firdaus, (2017-02-06 22:02)
Tiada kesalahan bahasa
 
Firdaus, (2017-02-06 22:01)
Terima kasih
 
wahyun, (2016-11-07 01:56)
ada kesalahan bahsa  

 
Sofea , (2016-10-16 00:34)
Saya senang memahami karangan ini.
 
Laila, (2016-10-16 00:33)
Wah,ini sangat bagus bagi saya  

 
Laila, (2016-10-16 00:33)
Wah,ini sangat bagus bagi saya  

 
josh, (2016-09-04 19:11)
bagusnya  

 
Submit a comment:

Name