Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman balik ke kampung, by Nur aifa
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Nur aifa
Title:Pengalaman balik ke kampung
2016-09-02 18:46
    Pada hari Sabtu lepas, saya dan keluarga bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman. Kami bercadang untuk tinggal di sana untuk beberapa hari. Setelah siap berkemas, kami pun bergerak.  
    Setibanya kami di kampung, datuk dan nenek saya meluru ke arah kami dan memeluk kami. Bagi kami ianya perkara yang biasa kerana kami sudah lama tidak menjenguk mereka.  
    Selepas membawa barang masuk ke dalam rumah, saya meminta izin untuk keluar bersiar siar. Saya bersiar siar di kawasan bendang,kawasan kegemaran saya.  
    Saya suka berada di kampung kerana suasananya yang tenang berbanding bandar. Selepas penat berjalan, saya duduk di pangkin yang disediakan di situ. Saya memerhatikan sawah padi yang kelihatan melambai-lambai ke arah saya.  
    Suasana ini sangat mempersonakan. Saya sentiasa akan ingat asal usul saya sekiranya saya berada di sini. Tambahan lagi, di sinilah tempat saya dilahirkan.  
    Pada keesokan harinya, kami pun bergerak pulang ke rumah. Kami terpaksa pulang awal kerana terdapat kecemasan di tempat kerja ayah saya.walupun berat hati mahu meninggalkan tempat itu, namun saya mesti pergi dan saya berjanji bahawa saya akan datang lagi ke sini.  
    
 

Submit a comment:

Name