Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan membaca surat khabar, by nurfatinnadiah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor nurfatinnadiah
Title:Kebaikan membaca surat khabar
2016-08-31 16:24
Karangan:-  
 
    Surat khabaradalah satu media cetak yang menyiarkan isu -isu terkini.Pelbagai jenis surat khabar yang terdapat di pasaran seperti Berita Harian (BH),Metro dan Utusan Malaysia.Banyak kebaikan yangboleh kita peroleh dengan membaca surat khabar.  
      
    Antara kebaikan membaca surat khabar kita dapat dapat menambah ilmu pengetahuan.Hal ini kerana surat khabar menyiarkan banyak isu-isu semasa tentang kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara.Sekurang -kurangnya kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.  
 
    Selain itu,kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.Dengan ini,kita dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial dan aktiviti yang tridak sihat seperti mencuri ,melepak dan ponteng kelas.  
 
    Seterusnya ,kita juga dapat membaiki karangan kita dengan membaca surat khabar.Ini disebabkan,surat khabar dicetak berdasarkan perbendaharaan dan kosa kata yang terkini.Kita boleh menggunakan kosa kata ini dalam membuat karangan yang gramatis .  
 
    Disamping itu,surat khabar boleh memberi hiburan kepada kita.Ini kerana,setiap surat khabar terkandung ruangan hiburan yang tersendiri seperti sudoku,teka silang kata dan komik.Dengan ini,kita boleh menenangkan fikiran dengan menggunakan ruangan hiburan ini setelah penat belajar.  
 
    Kesimpulannya,surat khabar memberi banyak kebaikan yang bermanfaat kepada kita.Oleh itu,murid-murid digalakkan agar kerap membaca surat khabar kerana membaca itu jambatan ilmu dan biarlan kita menjadi seperti ulat buku.
 

Neelah, (2019-03-03 03:03)
Karangan ini membantu saya pada masa yang tepat  

 
Submit a comment:

Name