Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Menabung , by mirza hanania
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis mirza hanania
Title:Faedah Menabung
2016-08-28 17:30
     Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi.Bak kata pepatah'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.Oleh itu banyak faedah dapat diperolehi misalnya menabung dapat menjamin masa depan.  
      
     Seterusnya,amalan menabung juga bermula daripada amalan berjimat cermat.Bak kata pepatah 'Sikit sikit lama lama jadi bukit'.Antara faedahnya ialah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.Golongan ini sentiasa bersedia apabila berlaku situasi tidak bernasib baik.  
 
     Golongan ini juga tidak akan berasa risau.Simpanan wang akan memberi ketenangan jiwa semasa wang sangat diperlukan.  
Golongan ini tidak perlu meminjam daripada orang lain.  
Selain itu,golongan ini akan jauh daripada beban hutang.  
 
     Orang yang tidak berjimat cermat dan boros terdedah pelbagai risiko apabila berlaku sesuatu bencana.Oleh itu,  
orang yang menabung atau berjimat cermat terhindar daripada kemiskinan.  
 
     Justeru,kita sebagai manusia perlulah bijak menggunakan wang kerana ia menjamin masa depan kita.Oleh itu,kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat.  
 
      
 
        
 

Submit a comment:

Name