Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara - Cara Menjaga Kesihatan, by Afif Rafiqi
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Afif Rafiqi
Title:Cara - Cara Menjaga Kesihatan
2016-08-28 16:12
     Kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian kita.Apabia badan sihat,kita mampu membuat sebarang kerja.Kesihatan yang baik menjadikan otak cerdas.                                                                      
 
     Perkara pertama yang mesti kita lakukan ialah menjaga kebersihan diri.Membersihkan anggota badan dengan mandi sekurang kurangnya 3 kali sehari,memotong kuku dan memakai pakaian yang bersih.Elakkan juga daripada berkongsi barangan peribadi seperti sikat,tuala dan lain lain.  
 
     Di samping itu,kita hendaklah menjaga kebersihan persekitaran rumah.Kita perlu menyapu sampah,mengemop lantai dan mengemas keadaan di dalam rumah agar sentiasa bersih.Manakala di luar rumah pula,kita hendaklah menyapu sampah,memotong rumput dan membuang segala bahan yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.  
 
     Selain itu,kita wajar mengawal pemakanan dengan mengambil makanan yang bekhasiat dan seimbang.Elakkan makan makanan yang berlemak,berkolestrol tinggi dan makanan ringan.  
 
     Kesihatan juga akan terjamin sekiranya kita bersenam secara berterusan.Bersenam 3 kali seminggu akan membuatkan badan sihat dan otak cerdas.Ia juga akan mengekalkan berat badan unggul.  
 
     Kesimpulannya,kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat.Kita juga perlu berehat secukupnya.Oleh yang demikian kita akan mendapat kualiti kesihatan yang sempurna.  
 
          
        
 

Submit a comment:

Name