Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara cara menghormati ibu bapa, by Ahmad Umair Waiz
Contoh Karangan UPSR
Name:Ahmad Umair Waiz
Title:cara cara menghormati ibu bapa
2016-08-26 02:42
Ibu bapa merupakan insan yang perlu kita hormati.Merekalah yang telah mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna.Tanpa mereka,kita tidak ada di dunia ini.Oleh itu,sewajarnya kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini.  
Sebagai anak,kita hendaklah belajar bersungguh sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.Melalui ilmu yang kita peroleh,kita dapat meningkat taraf hidup.Dengan demikian,kita dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa kita.  
Selain itu,kita mestilah rajin membantu ibu bapa kita di rumah.Kita perlulah rajin melalukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah,membasuh pinggan mangkuk,dan membasuh pakaian.Dengan cara ini,kita dapat meringankan beban ibu bapa kita.  
Di samping itu,kita mestilah menjadi anak yang taat pada ibu bapa kita.Setiap teguran dan nasihat yang diberikan oleh mereka wajar kita turuti.Janganlah kita menjadi anak yang tidak mengenang budi.Jika kita ingkar akan kata-kata mereka,kita tidak akan memperoleh kesejahteraan dalam hidup.  
Seterusnya,kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa kita.Kita mestilah memelihara adab dan tingkah laku agar tidak mengabaikan mereka.Hal ini demikian kerana tindakan kita merupakan cerminan didikan ibu bapa kita.  
Kesimpulannya,sebagai anak,kita mestilah membalas jasa ibu bapa kita.Jangan sesekali membelakangkan mereka.Sayangilah mereka sepenuh hati
 

..., (2018-04-06 03:00)
Mudah and simple  

 
suziela, (2018-03-14 13:32)
Mana perenggan kedua
 
Amelia, (2017-07-25 01:54)
Terima kasih beri idea
 
STRANGER................, (2017-07-17 23:52)
BUUUUUUUUUUUUUUU..........................  

 
Nurasmaliza, (2017-07-17 23:50)
Karangan ni senang nak faham. ^_^  

 
Iyra Kewchik, (2017-07-10 15:50)
keliru lah mne perenggan kedua  

 
jem wong ira, (2017-07-10 15:39)
bestnya karangan ini
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name