Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Bersukan, by Nur Darwina
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Nur Darwina
Title:Faedah Bersukan
2016-08-26 01:37
Masyarakat dahulu cenderung duduk di rumah daripada bersukan di luar.Namun,pada masa kini ramai orang yang terlibat dalam aktiviti sukan.Hal ini demikian kerana masyarakat mula sedar akan faedah bersukan.  
     Antara faedah bersukan ialah ia menyihatkan tubuh badan.Bersukan menyihatkan tubuh badan kita dengan cara merembeskan air yang tidak diperlukan lagi iaitu peluh apabila kita menggerakkan badan dengan aktif.  
     Bersukan juga dapat menghindarkan kita daripada penyakit berbahaya seperti penyakit jantung,diabetes,darah tinggi,dan obesiti.Oleh itu,kita mestilah bergerak lebih aktif supaya kita terhindar dari penyakit berbahaya tersebut.Bak kata pepatah Mencegah lebih baik dari mengubati.  
        Malahan,bersukan juga dapat mengisi masa lapang seperti bermain badminton,bola sepak,dan sepak takraw.Ia juga mendidik kita untuk mengurus masa dan mencegah kita untuk melibatkan diri dalam aktiviti negatif seperti melepak,merokok dan lain-lain lagi.  
        Selain itu,bersukan juga dapat menambah lebih ramai kenalan.Di samping menambah kenalan,bersukan juga dapat memupuk sikap kerjasama dan ia adalah persaingan secara sihat.Ia juga menghindarkan kita dari sikap mementingkan diri semasa bermain.  
        Konklusinya,bersukan bukan sahaja menghindarkan kita dari penyakit,ia sekaligus menyihatkan otak kita.Ibu bapa juga perlu mengambil berat akan amalan bersukan dan memupuk anak-anak agar suka akan gaya hidup sihat dan menggalakkan anak-anak untuk bersukan.Sesungguhnya otak yang cerdas datang lahir dari badan yang sihat.
 

Mohamad Zainorazief b.Zainal, (2016-09-04 00:41)
WoW..  

 
nur faizah, (2016-08-26 23:10)
wau
 
Asyiraf Diyanah bt Mahyuddin, (2016-08-26 20:26)
Wah,hebatlah karangan awak!Pendahuluan dia sangat gramatik.Bolehlah saya guna pendahuluan ni untuk exam UPSR nanti.By the way,Good luck for UPSR!!!
 
Submit a comment:

Name