Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEKAKI PAYUNG, by THARANI KASEENATHAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak THARANI KASEENATHAN
Title:AKU SEKAKI PAYUNG
2016-08-25 22:54
Aku ialah sekaki payung. Namaku Merah kerana badanku berwarna merah. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Aku diperbuat daripada besi dan plastik yang berkualiti.  
 
                        Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pasar raya yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah dipamerkan di atas rak dan dilabelkan harga RM 19.90. Hatiku girang sekali kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu.  
 
                        Beberapa hari kemudian, seorang perempuan singgah di hadapanku. Perempuan itu membelek-belek aku. Dia tertarik dengan warna badanku yang menarik. Dia pun membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumahnya.  
 
                        Tuan aku bernama Mariam. Dia seorang jurujual yang ringan tulang. Aku sangat berguna kepada tuan sama ada pada hari panas mahupun hari hujan. Aku boleh melindungi tuan daripada terkena pancaran matahari yang terik dan air hujan.  
 
                        Tuan sentiasa menggunakan aku dengan cermat. Dia juga menjaga aku dengan baik. Apabila badanku kotor, tuan akan mengelap aku dengan kain yang bersih. Selepas    itu, dia menyimpan aku di dalam bilik setor.  
 
                        Aku berbesar hati kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku. Aku akan terus berbakti kepada tuan sehingga riwayatku tamat.  

 

K.RAJESREE, (2016-08-25 22:58)
KARANGN INI SANGAT MENARIK.SAYA SANGAT SUKA KARANGAN INI.
 
K.RAJESREE, (2016-08-25 22:56)
KARANGN INI SANGAT MENARIK
 
Submit a comment:

Name