Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman pergi berkelah di pantai, by Ahmad Dzul Idham Farihin b. Azmi
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Ahmad Dzul Idham Farihin b. Azmi
Title:Pengalaman pergi berkelah di pantai
2016-08-25 18:11
     Pada cuti sekolah yang lepas,saya dan keluarga bercadang ingin pergi berkelah di pantai.kami segera membuat persediaan supaya tidak sibuk semasa hendak bertolak nanti.  
 
     Selepas itu,kami pun pergi bertolak ke Pantai Irama,Bachok.Apabila sampai di pertengahan jalan,kami sekeluarga berasa lapar sekali.Ibu menyuruh ayah keluar dan mencari makanan di kedai yang berhampiran.  
 
     Ayah pun membeli makanan.Kami makan dengan penuh selera.Azan mula memanggil,kami pergi ke masjid yang berhampiran di sini.Kami sekeluarga solat berjemaah.  
 
     Sudah tiba kemudian,kakak dan adik sedang lena tidur dan saya pula tidak boleh tidur kerana sangat teruja kerana ingin pergi ke pantai.Ibu menyuruh saya mengejutkan adik dan kakak.  
 
     Kami sedang memasang sebidang tikar di atas tempat yang sesuai untuk kami berteduh.Saya lekas memakai baju yang sesuai untuk mandi di pantai.Sungguh seronok apabila saya mandi dan kakak juga turut mandi di sebelah saya.  
 
     Adik juga ingin mandi.Akan tetapi,dia takut kepada air dan kakak ingin memegang adik.Adik menjerit ketakutan dan ibu menyuruh kakak meletakkan adik jauh daripada air pantai.  
 
     Sudah dua jam kemudian,saya dan keluarga ingin pulang ke rumah.Kami pon terus mengemas dan memasukkan barang kami ke dalam kereta.Saya sungguh gembira apabila berada di pantai dan berasa ingin pergi lagi apabila ada masa yang terluang.  
 
        
 

ain, (2016-08-25 22:07)
Tahniah karangannya menarik
 
ain, (2016-08-25 22:06)
Tahniah karangannya menarik
 
Vincent, (2016-08-25 21:33)
🏃🏾🏃🏾  

 
Submit a comment:

Name