Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah lampu isarat, by saran siva
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang saran siva
Title:aku sebuah lampu isarat
2016-08-24 22:07
Kereta lalu-lalang di hadapan tiang itu. Terdapat satu tiang berlampu yang mengawal jalan itu. Ia setia menjadi pengawal jalan raya tidak kira hujan atau panas. Tetap ia mengeluarkan 3 cahaya utamanya.  
 
Hijau. Warna alam bergema. Bergerak lancarlah segala macam kereta, bas, lori dan motorsikal melepasi tiang itu. Hati mereka pasti terasa lega.  
 
Kuning. Warna senja mentari. Perlunya si pemandu atau pembonceng memperlahankan kenderaan mereka. Tanda kemarahan tiang itu akan tiba. Namun, itu bukanlah perkara yang sebenarnya berlaku. Pecutan demi pecutan berlaku. Semua pemandu seperti hendak gila membawa kereta. Takut akan kemarahan tiang itu akan tiba.  
 
Merah. Warna marah membara. Ini masanya semua kenderaan berhenti. Mereka tahu akibatnya jika melawan kemarahan tiang itu. Pasti nanti akan datang surat berharga RM450 ke rumah mereka nanti. Yang itu pasti memakan duit perbelanjaan mereka nanti pula.  
 
Itulah lampu yang mengeluarkan 3 cahaya itu. Mukanya hijau, kuning, dan merah. Bertukar sentiasa mengikut aturan yang ditetap. Itulah si lampu isyarat.  
 
"Manusia ini pelik. Sudah aku katakan bahawa kuning itu bawanya perlahan kenapa dipecutnya lagi?" fikir si lampu isyarat melihat gelagat manusia memandu kereta di hadapan muka kuningnya.  
 
"Lagi pelik, jika aku berwarna hijau di awal waktu, perlahan sahaja di bawanya."  
 
"Tatkala mukaku merah, masih ada yang degil. 5-10 saat awal masih lagi memecut kenderaan cuba mengambil hak kenderaan lain."  
 
 
 
Mengapa manusia begitu? Hendak disalahkan kereta dan motorsikal tidak boleh juga. Otak mereka itu manusia. Maka, mana pula otak manusia? Adakah akal yang mereka gunakan atau hati yang mereka gunakan semasa memandu?  
 
Pelik bukan. Apabila ada yang terlalu sangat melanggar muka merah lampu isyarat itu, pasti kejadian buruk berlaku padanya. Pernah satu kejadian buruk berlaku betul-betul di hadapan lampu isyarat itu. Sebuah motorsikal sungguh laju boncengannya melepasi lampu merah awal. Tidak pula ia tahu ada yang memandu laju juga seperti ia tatkala lampu hijau di tiang lain bercahaya.  
 
BAM! Satu dentuman kuat berbunyi. 100 meter jauh tercampak motorsikal jenama Ninja itu. Pembonceng tertiarap di antara simpang empat. Nasibnya buruk sekali. Sebuah lori besar lalu pula di kepalanya. Habis pecah seperti buah tembikai jatuh ke atas lantai. Krak kruk.
 

Submit a comment:

Name