Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari Kantin, by saran siva
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang saran siva
Title:Hari Kantin
2016-08-21 23:44
    Pada 3 Februari 2015 yang lepas, SK king edward vll (1) telah mengadakan Hari Kantin kali ke 1. Hari Kantin tersebut diadakan di kawasan sekolah dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.  
 
    Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, surau dan kelengkapan sukan. Hari Kantin juga bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang berniaga dengan cara yang betul.  
 
    Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin diadakan. Guru-guru, murid-murid serta ibu bapa bekerjasama membantu menghias gerai jualan. Pihak sekolah juga memasang khemah yang dilengkapi meja dan kerusi.  
 
    Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00 pagi. Selepas tamat upacara perasmian, gerai jualan mula dibuka. Pembeli boleh membeli dengan menggunakan kupon yang dijual oleh Pihak Urusetia Hari Kantin.  
 
    Terdapat lebih kurang 30 gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Pelbagai jenis makanan, minuman, buku, mainan, alat tulis dan lain-lain. Klinik Kesihatan, Bomba serta polis turut mengadakan pameran. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan menyanyi, cabutan bertuah dan pertunjukan silap mata.  
 
    Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 8 pagi sehingga tamat Hari Kantin. Kebanyakan gerai berjaya menghabiskan barangan jualan mereka.  
 
    Hari Kantin tamat pada jam 12:30 tengahari. Sebelum bersurai murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.
 

kitty, (2017-11-29 14:37)
marvelous  

 
Kailee, (2017-05-06 13:13)
How could any of this be better stated? It coud'nlt.
 
Submit a comment:

Name