Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aka sebuah kereta, by Khairul Nizam
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Khairul Nizam
Title:Aka sebuah kereta
2016-08-20 20:54
Aku sebuah kereta. Aku berjenama Mercedes Benz. Badanku berwarna perak. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di kawasan perindustrian Selangor. Aku merupakan ciptaan manusia yang canggih. Aku diperbuat daripada komponen-komponen elektrik yang kompleks dan besi yang bermutu tinggi.  
 
     Setelah aku siap dipasang, aku dihantar ke sebuah kedai kereta dengan menaiki sebuah lori yang amat besar. Setibanya di kedai itu, aku dipamerkan di tempat pameran kereta. Terdapat banyak orang tertarik oleh kecanggihan aku tetapi mereka tidak mampu membelikanku kerana harga yang tinggi betul iaitu RM 300,000.  
 
    Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai ini. Dia ingin membeli sebuah kereta. Pemuda itu terpesona ketika mengetahui kecanggihan dan reka bentukku yang unik. Beliau terus membeli aku dengan harga yang ditetapkan. Seminggu kemudian, aku dihantar ke rumah tuan aku oleh seorang jurujual. Sejak hari itu, aku mempunyai seorang tuan.  
 
    Tuan aku bernama David. Beliau merupakan    seorang peniaga yang berada. Sikap beliau rajin dan tegas. Setiap hari, aku dipandu ke syarikat beliau . Beliau juga sering menggunakan aku untuk membawa ahli keluarganya bersiar-siar. Kadangkala, aku juga digunakan untuk membawa keluarga beliau makan angin di banyak tempat yang menarik.  
 
     Tuan aku juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Beliau akan membersihkan badan aku dengan kain yang bersih sekurang-kurangnya sekali seminggu. Aku berasa besar hati atas sikap tuanku. Walaupun aku dijaga dengan baik, badan aku semakin uzur dan enjin aku mula rosak. Pada suatu hari, aku tidak boleh digunakan lagi. Aku dijual oleh beliau ke tempat yang mengumpul besi buruk. Inilah riwayatku sebagai sebuah kereta selama 12 tahun.  
 
    Perasaan aku bagai kaca terhempas ke batu kerana tidak boleh berkhidmat kepada tuan aku lagi. Aku berharap agar kehidupan beliau akan lebih baik.  
 
      
 
    
 

CAPTAIN AMERICA, (2016-09-25 20:42)
BEST KARANGAN . BOLEH TAMBAH LAGI SEPERTI PERIBAHASA , SIMPULAN BAHASA DAN SEBAGAINYA . TERIMA KASIH .
 
Danial , (2016-08-25 21:26)
It really help me a lot in my exam, thank you to Khairul Nizam
 
JAYAVARSINI, (2016-08-24 20:00)
it help for my exam
 
Ahmad, (2016-08-24 19:22)
Karangan ini sungguh baik
 
ain123, (2016-08-21 23:05)
bestla karangan ni
 
saran siva, (2016-08-20 23:46)
wah so nice i like it  

 
Faizal , (2016-08-20 21:04)
Auk suka karangan ini👍👍
 
Somebody , (2016-08-20 20:57)
Memang baik karangan ini
 
😡, (2016-08-20 20:56)
👍👍
 
Somebody , (2016-08-20 20:56)
Memang baik karangan ini
 
Submit a comment:

Name