Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan, by Johan Nael Jalalul Hannan
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Johan Nael Jalalul Hannan
Title:Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan
2016-08-14 17:22
     Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari sejarah nagara Malaysia. Hari yang saya maksudkan itu ialah hari negara kita mencapai kemerdekaan ataupun Hari Kemerdekaan. Semua sekolah di Malaysia pasti akan menyambut Hari. Sekolah saya juga tidak terkecuali untuk menyambut hari tersebut.    
   
     Sekolah saya telah mengadakan pelbagai acara sebelum tarikh 31 Ogos. Aktiviti-aktiviti itu telah diadakan sepanjang sepanjang bulan Ogos. Antaranya ialah pertandingan mewarna, melukis poster, mendeklamasikan sajak dan macam-macam lagi.    
   
     Pada acara kemuncak pula, sekolah saya mengadakan acara penutup bagi sambutan Hari Kemerdekaan. Pada hari itu juga guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang mengambil bahagian dalam acara-acara yang dijalankan sepanjang bulan Ogos.    
   
     Pihak sekolah juga telah mengadakan acara berkawat bagi memeriahkan lagi acara.Badan uniform ekolah telah berarak dari pintu pagar utama hingga ke padang.    
   
     Sambutan Hari Kemerdekaan sekolah saya diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik. Saya berasa sangat gembira kerana sambutan ini telah mengingatkan saya dengan jasa-jasa parajurit negara yang berjuang mempertahankan negara pada suatu masa dahulu. Saya berasa bangga dengan perjuangan mereka.    
   
     Saya berharap agar Hari Kemerdekaan ini akan terus diingati. Semoga generasi yang akan datang dapat merasai pengalaman yang seronok ini.
 

Azia, (2017-05-06 13:56)
Super inmrofative writing; keep it up.
 
Submit a comment:

Name